Monday, July 25, 2016

Tips Cari Hotel Murah Di Kuching,Sarawak.

Trip bajet ke Kuching Sarawak

Hye guys, welcome to Kuching, Sarawak. 


Untung lah dapat pergi ke sini. Tak semua orang dapat datang ke Kuching, Sarawak. Betul tak tipu. haha. Mesti korang tengah plan nak stay menginap dekat hotel mana. Ok memandangkan aku ni selalu ke Kuching jadi aku nak recommended sikitlah beberapa hotel-hotel yang agak murah dan bajet di sekitar bandaraya Kuching ini. 



1.Hotel Harbour View Atau HV  
Hotel ni boleh tahan murah dan bajet. Harga berpatutan tapi ada class sikit lah. Lokasi Hotel ini tak jauh dari waterfront dan juga tak jauh dari bangunan Medan Pelita ataupun Bangunan Alakat. Based on blogger yang amer baca dekat hotel ni ada menyediakan bilik hotel memang murah dalam rm30 ringgit malaysia sahaja. Based on that blogger bilik rm30 ni takde aircond and bilik tu macam hostel lah sebab kongsi bilik mandi. 



2.Tune Hotel    
haa hotel airasia. siapa-siapa yang pernah menginap di hotel tunehotel seluruh Malaysia. Sama je konsep nye. Kepada yang gila-gila bajet tu boleh lah menginap sini. Kalau korang tak add on apa-apa seperti aircond. Memang berbaloi lah stay sini. Murah, selesa and yang penting sekali bersih. Hotel tunehotel kuching ini bersebelahan dengan hotel Hilton.  Lebih baik kau book online sebab lebih murah. Hotel ini pun macam HV juga tak jauh dari waterfront. 



3. 360 Xpress Citycenter Hotel   (sumber:google)
360 Xpress Citycenter Hotel   
dengar khabar hotel ini boleh tahan jugak murah nya. Kalau beli online lebih murah tapi kena book awal-awal lah. Dah macam book flight airasia lah pulak. 


4.Hero Hostel 

Ok yang ni hostel. Aku tahu kewujudan hotel ni apabila member kepada member aku ni dia dari korea mai sini. Aku ada lepak ngan dorang dan hantar ke hostel ni. So far, memuaskan. Bilik besar juga. katil ade 4. Harga pun berpatutan. Rm50 semalam. Yang kawan-kawan semenanjung yang dok tanye kat aku mane nak sewa murah hotel, aku terus suggest ke hostel ni. Tak tahu lah feedback dorang. Sebab, tempat ni safe, and depat shopping mall the hill/ or hotel Pullman. And kalau berjalan sikit , tak jauh lah dari waterfront. Ok :D 



5.Kapit Hotel

Ok hotel ini agak famous jugak di Kuching. Harga juga berpatutan. By the way. Haha. tak tahu sangat nak ulas lagu mana. Sebab kawan-kawan aku takde pulak bagi feedback. Tapi harga murah. DIa ada bagi price kat pintu masuk hotel tu. Hotel budget. Kat area lobby hotel tu ade menjual aiskrim DP Gulapong yang sedang trending sekarang dekat Kuching. Jadi boleh lah mencuci mulut sekali,. 


Banyak lagi hotel-hotel di Kuching ni. Tapi aku lebih focuskan kepada hotel-hotel budget ni lah. rajin rajinlah membaca blogger2 lain untuk mencari hotel-2 budget sekitar bandaraya Kuching. 
Selamat melancong di bandar Kuching. miaww :D 


Waterfront kuching adalah salah satu tempat tarikan pelancong. Banyak gerai-gerai makanan dibuka sepanjang jalan. Ade orang busking jugak. And jangan risau ade pengawal-pengawal dan polis bertugas untuk menjaga kesalamatan korang disana . 

No comments:

Post a Comment