Selepas busy seharian jalan-jalan sekitar bandaraya kuching. Mesti lah lapar and nak makan sesuatu yang lain lain sikit dari semenanjung di sinun . haha. Ok. Ini hanya suggestion dari aku. Nak cakap murah.xde lah murah just affordable. Ok Bawah ni aku senaraikan tempat-tempat best yang aku selalu lepak dengan member member aku kat Kuching. Tempat Makan murah Di Kuching Sarawak? Tak murah, just affordable. Please cari guna waze. Zaman dah modern.
This picture was taken at Sharing Planet.
Mom's Laksa Kuching
Ok. Kepada korang yang pencintan laksa sarawak atau nak mencuba laksa sarawak. Korang boleh lah pergi ke restaurant Mom's Laksa. The best laksa in town. Aku ni peminat tegar laksa sarawak. Jadi aku recommend ngan korang cuba makan laksa sarawak dekat Mom's Laksa. Harganya berbaloi dan ikut which menu korang order. biasa, luarbiasa mahupun speical. Special selalunya buh letak udang je kot. For those who really love to try laksa Sarawak, I suggest you to try Laksa in this shop.
Sharing Planet Sharing Downtown
Ada dua nama sebab ade dua lokasi berbeza restaurant ni. Restaurant ni ala2 western. Harga berpatutan. Orang ramai pergi sini sebab portion makanan dia memang pergh besar gila. Korang boleh share lah dengan kawan-kawan. Tapi, yang selera besar tu, better order satu pinggan je. Sebab. Haha. Mengenyangkan. Aku suggest korang pergi Sharing Downtown sebab restaurant ni tak jauh dari Annuar Steambot dan jugak terletak di bandar Kuching.
Teh Tarik Kafeteria
Haa. Ni macam syurga makanan. Ada dua teh tarik cafe dekat Kuching ni. Satunya tak jauh dari Kubah Ria Satok . Satu Lagi dekat demak which is agak jauh dari bandar. Aku suggest korang pergi je dekat Teh Tarik tepi jambatan gantung. Guna waze guna waze untuk tahu jalan.
Anuar Streambot
Kepada kakak abang yang minat steambot tu. Boleh lah datang ke annuar steambot. Steambot Annuar ni memang dalam bandar kuching. Jadi tak jauh lah dari hotel korang yang stay kat hotel kat bandar kuching tu. harganya juga affordable. Dan yang penting halal lah.
My Village Barok
Ini restaurant ala-2 rumah kampung. Makanan best kat sini adalah ayam penyet. Memang sedap. Kepada yang suka pedas. Aku recommend ngan korang request sambal lebih. Sebab sambal dia memang sedap cuma pedas je lah. Lepas tu restaurant ni ada menyediakan menu sea food. Harga affordable. Restaurant ni terletak di Boyan. Seberang waterfront. Kalau nak dekat, korang guna perahu tambang dekat waterfront tu. Kalau naik kereta agak jauh sedikit lah.
Sebenarnya banyak lagi tempat makan best kat kuching ni. Tapi yang kat atas ni tempat panas selalu dikunjung orang. Kepada penggamar sea food. korang boleh pergi ke Top Spot Restaurant. Harap korang dapat menjumpai restaurant2 di atas, atas bantuan Waze. :D Selamat Melancong
No comments:
Post a Comment