ok amer nak buat part 2 pulak tips nya.
Amer dapat dari pada internet. then amer ujikaji dengan diri amer berkesan ke tak. (dah macam raja gopal buat experiment daa)
telur makanan asas untuk diet
Tips ketiga. Amalkan minum air 8 gelas sehari. Ni mesti banyak orang dah sedia maklum. Air putih atau air kosong ni bagus sebab dapat mengurangkan selera kita secara semulajadi dan membatu untuk me'metabolize kan badan kita untuk simpanan lemak dalam badan. Sebelum mengambil makanan berat tu, minum air banyak2 kasi rasa kenyang sikit.
Ini memang mujarab ini. Korang bancuh air milo tu . Lepas tu letak quaker oat 5-8 sudu teh. Makan setiap pagi. Surenya cepat kurus. Entalah magic sunggu oat ni. Sarapan pagi ni sebenarnya membantu badan kita menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah.
Itu sahaja kot experiment yang amer pernah buat . hihik :D terima kasih sudi membaca. jika korang ada tips2 lebih berkesan yang korang pernah experiment kat korang sendiri dan berkesan bolehlah share2 via comment kat sini yer.