Monday, July 25, 2016

Rahsia cepat turun berat badan dan kurus berkesan dengan oat.

Memandangakan aku pun berjaya kurus dengan bantuan oat ni. Memang aku setujut dengan statement itu. Oat boleh menguruskan badan. Tetapi dengan cara yang betul. 


masak oat ditengah kuali sambil bersteambot

Apa cara yang betul ? Ye lah ada orang dia makan oat je sehari harian tu. Mana boleh macam tu. Badan kan perlu sumber tenaga lain. Jadi, korang kena makan benda lain yang tinggi protein. 

Kenapa oat boleh mengurangkan berat badan atau menguruskan badan? Oat ni mengandungi serat yang dapat membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini akan membuatkan korang setiasa rasa kenyang. Ini juga untuk memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan dan mencegah sembelit dan buasir. 

Bukan boleh kurus je. Oat pun boleh mengurangkan kadar kolestrol korang tu. Oat ni ada Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. ia terdiri daripada serat yang mudah larut dalam saluran makanan dan ia boleh menghasilkan lapisan macam agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolestrol yang berlebihan.

Selain oat, memakan telur rebus juga membantu badan membakar lemak dan juga membuatkan kita rasa kenyang dan tidak mudah rasa lapar. 

No comments:

Post a Comment